07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Pengenalan Wakaf

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan di bawah 'Jadual Kesembilan' 'Senarai Negeri' bahawa wakaf adalah di bawah bidang kuasa negeri. Bagi negeri Terengganu, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah dipertanggujawabkan terhadap segala tadbir urus hal ehwal wakaf. Mengikut sejarah perundangan, kedudukan wakaf telah dikuatkuasakan sebagaimana berikut:

  1. Administration Of Muslim Law Enactment (Terengganu) 1955 Section 59
  2. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Terengganu) 1986 Seksyen 143
  3. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Terengganu) 2001 Seksyen 63
  4. Enakmen Wakaf (Terengganu) 2016