07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Pelaksanaan Wakaf

Segala pelaksanaan wakaf adalah tertakluk di bawah Enakmen Wakaf (Terengganu) 2016 yang merangkumi rukun wakaf, jenis wakaf, pewakaf (waqif), harta yang diwakafkan (mawquf), tujuan wakaf (mawquf alahi). Secara terperinci bagi semua perkara tersebut adalah sebagaimana berikut:

  1. Rukun wakaf mestilah mempunyai 4 rukun iaitu [Seksyen 12]:
    1. Pewakaf (waqif) [Seksyen 12 (a)]
    2. Harta yang diwakaf [Seksyen 12 (b)]
    3. Tujuan wakaf [Seksyen 12 (c)]
    4. Sighah [Seksyen 12 (d)]
       
  2. Jenis wakaf [Seksyen 14]
    1. Wakaf am [Seksyen 14 (a)]
    2. Wakaf khas [Seksyen 14 (b)]
       
  3. Pewakaf (waqif) [Seksyen 13]
    1. Sudah mencapai umur lapan belas tahun [Seksyen 13 (a)]
    2. Sempurna akal [Seksyen 13 (b)]
    3. Tidak diisytiharkan bankrap [Seksyen 13 (c)]
    4. Dengan rela hati [Seksyen 13 (d)]
       
  4. Harta yang hendak diwakafkan (mawquf) [Seksyen 23 (1)]
    1. Mestilah harta pewakaf [Seksyen 23 (1) (a)]
    2. Harta yang hendak diwakaf mestilah boleh dipindahmilik atau diserahkan tanpa sebarang halangan [Seksyen 23 (1) (b)].
    3. Harta yang hendak diwakaf mestilah mempunyai manfaat atau faedah [Seksyen 23 (1) (c)].
       
  5. Tujuan wakaf (mawquf alaih):
    1. Tujuan wakaf mestilah bukan untuk maksiat [Seksyen 22 (a)].
    2. Pewakaf boleh mewakafkan tujuan manfaat ke atas dirinya [Seksyen 22 (b)].
    3. Tujuan wakaf mestilah tidak bercanggah dengah hukum syarak [Seksyen 22 (a)].