26 Jun 2024 | 19 Zulhijah 1445

Potongan Gaji

PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI POTONGAN GAJI

Bagi Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kakitangan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta:

  • Penyertaan Skim Wakaf Tunai MAIDAM melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak RM5 dan tiada had maksimum ditetapkan.
  • Pemohon hendaklah menggunakan Borang Penyertaan Wakaf Tunai yang disediakan oleh MAIDAM.
  • Borang penyertaan mengandungi 3 salinan (kertas berkarbon) yang berwarna putih, merah jambu dan kuning.
  • Borang berwarna putih untuk salinan pejabat dan mestilah diserahkan kepada MAIDAM, borang berwarna merah jambu untuk salinan majikan dan seterusnya borang berwarna kuning perlu disimpan oleh pemohon.
  • Sekiranya pemohon ingin menambah dan mengurangkan sumbangan wakaf, pemohon perlu mengisi semula borang potongan gaji dan nyatakan jumlah di ruangan ditambah/kurang.
  • Pemohon yang ingin membatalkan skim potongan gaji Wakaf Tunai hendaklah memaklumkan kepada pihak majikan dan MAIDAM.
  • Resit akan dikeluarkan pada setiap bulan setelah MAIDAM menerima bayaran daripada pihak majikan.
  • Penyata Tahunan juga akan dikeluarkan kepada penyumbang.