28 May 2025 | Umum | 9 | |

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) memperuntukkan sebanyak RM2,340,645.00 bagi membantu keperluan makanan 2,329 pelajar fakir dan miskin di enam institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini menerusi program ‘Dapo MAIDAM’ bagi tahun 2025.
Peruntukan tersebut diagihkan kepada enam IPT seperti berikut:
-
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun – RM338,685.00
-
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) – RM703,500.00
-
Kolej Universiti TATI – RM705,510.00
-
University College Bestari (UCB) – RM442,200.00
-
Politeknik Kuala Terengganu (PKT) – RM80,400.00
-
Kolej al-Quran Terengganu (KQT) – RM70,350.00
Inisiatif ini turut memperkukuhkan peranan MAIDAM sebagai badan bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan asnaf, khususnya dalam kalangan pelajar yang berusaha mengubah nasib keluarga melalui pendidikan tinggi.
Maklumat lanjut boleh didapati di pautan berikut:
https://www.facebook.com/share/p/1HTa4uYh1o/?mibextid=wwXIfr