30 Januari 2026 | 10 Syaaban 1447

RAUDHATUL RAHAH, PAYA BUNGA - PERKUBURAN BANDAR MODEN HASIL WAKAF UMMAH

14 Dec 2025 | Umum | 42 | |

img

17 JAMADILAKHIR | 8 DISEMBER 2025 | ISNIN

RAUDHATUL RAHAH, PAYA BUNGA - PERKUBURAN BANDAR MODEN HASIL WAKAF UMMAH

Tanah Perkuburan Raudhatul Rahah, Paya Bunga seluas 13.3 ekar kini menjadi projek wakaf penting di tengah Bandaraya, Kuala terengganu. Sebagai tanah wakaf di bawah MAIDAM, kawasan ini dibangunkan semula selepas bertahun dalam keadaan tidak terurus sebelum tahun 2019.

menggunakan konsep "Kubur Bertingkat" dan berinspirasikan daripada Perkuburan Islam Baitul Sakinah, Kuala Lumpur, projek bernilai RM3.95 juta ini mampu menampung lebih 20,000 lot kubur, lengkap dengan ruang pengurusan kenazah, pejabat pengurusan, tandas, ruang menunggu, lampu pengebumian malam, wakaf pengunjung dan kemudahan parkir.

{engurusan kawasan ini akaj dikendalikan oleh MAIDAM Property Sdn. Bhd.

Sejak dilancarkan, sambutan masayarakat terhadap wakaf amat digalakkan. Sehingga 24 November 2025, kutipan Wakaf Perkuburan Paya Bunga mencecah RM4.08 juta, membuktikan sokongan kuat masyarakat terhadap pembangunan perkuburan Islam yang moden, teratur dan mematuhi syariah.

Majlis Pembukaan Perkuburan Raudhatul Rahah, Paya Bunga telah disempurnakan oleh Dato' Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM) pada 7 Disember 2025 (AHAD) bertempat di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Turut hadir Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM) dan Tuan Haji M. rozi bin Bidin (Pesuruhjaya JHEAT).

MAIDAM merakamkan ucapan terima kasih kepada senua pewakaf, agensi kerajaan, kontraktor serta masyarakat yang telah menjayakan pembangunan ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di pautan berikut :
https://www.facebook.com/share/p/1Dsvhw8677/