01 November 2025 | 10 Jamadilawal 1447

KOLABORASI MAIDAM & BSN : MOU WAKAF TUNAI DAN PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN

28 Oct 2025 | Umum | 5 | |

img

15 ZULHIJJAH 1446 | 12 JUN 2025 | KHAMIS

KOLABORASI MAIDAM & BSN : MOU WAKAF TUNAI DAN PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN

Satu sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung hari ini antara MAIDAM dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

MAIDAM diwakili oleh Dato' Prof. MAdya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif manakala Encik Mujibburrahman bin Abd, RAshid, Timbalan Ketua Eksekutif BSN mewakili BSN.

Melalui kerjasama ini, BSN akan menyediakan saluran wakaf tunai untuk para pelanggan termasuk pelanggan sedia ada bagi memudahkan mereka melakukan amal jariah.

Turut diadakan, majlis penyerahan Zakat Perniagaan BSN kepada MAIDAM berjumlah RM116,000.00 bagi tahun kewangan berakhir 2024.

Serahan zakat disempurnakan oleh Encik Mujiburrahman sendiri kepada KPE MAIDAM sebagai simbol tanggungjawab korporat dan sokongan terhadap pembangunan ummah.

Semoga kerjasama ini membuka lebih banyak ruang untuk kebaikan dan keberkatan, Insya Allah!

 

 

Maklumat lanjut boleh didapati di pautan berikut :

https://www.facebook.com/share/p/1ADZKN9HSA/