01 November 2025 | 10 Jamadilawal 1447

MENTAL HEALTH FUN RUN & RIDE FOR WAQF 2025

29 Oct 2025 | Umum | 4 | |

img

MENTAL HEALTH FUN RUN & RIDE FOR WAQF 2025 : BERPELUH DI DUNIA, BERBEKAL DI AKHIRAT

11 OKTOBER 2025 | SABTU | WISMA DARUL IMAN

Alhamdulillah, sebanyak RM89,250.00 dana Wakaf Tunai MAIDAM berjaya dikumpul sempena program Mental Health Fun Run & ride for Waqf 2025 yang menggabungkan elemen riadah, kesihatan mental dan rohani.

Dalam majlis yang sama, 15 buah pertubuhan Bdan Bukan Kerajaan (NGO) telah menerima cek cura Bantuan Zakat bagi Program Keagamaan, Pemulihan dan Rumah Perlindungan berjumlah RM2,403,380.00.

Turut hadir memeriahkan program ialah Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM), Dato’ Nara Setia (Setiausaha Kerajaan Terengganu), Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham (Pegawai Kewangan Negeri) dan Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM).
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Mental Health Fun Run & Ride for Waqf 2025.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari:

https://www.facebook.com/share/19vbAKukGM/