27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Syarat Sah Wakaf

  1. Harta atau aset yang diwakafkan itu benda yang tertentu (ta’ayin) dan boleh dimanfaatkn, juga harta atau aset itu hak milik pewakaf.
  2. Hendaklah diwakafkan untuk pihak-pihak yang boleh didapati selama-lamanya seperti Faqir /  Miskin atau masjid-masjid.
  3. Wakaf itu bukan untuk perkara larangan syarak.
  4. Hendaklah dijelaskan halatuju wakaf (mauquf ’alaih).
  5. Wakaf itu hendaklah terlaksana serta merta (tanpa ta’lik atau gantungan).
  6. Beriltizam atau berkuatkuasa terus menerus (tanpa berdolak-dalik), ertinya tidak ada rasa pilihan / syarat bagi diri pewakaf pada mengekalkan wakafnya atau tidak ingin merujuk semula dari wakafnya itu.

Penjelasan tentang pendapat fuqaha’ mengenai harta-harta yang diwakafkan:

  1. Bahawa adalah sah diwakafkan harta tak alih.
  2. Bahawa adalah sah di sisi Jumhur Ulama’ selain dari Malikiah mewakafkan harta-harta alih seperti alat kelengkapan masjid, lampu-lampu, tikar atau permaidani serta tunai kerana Jumhur Ulama’ tidak mensyaratkan kesahihan wakaf itu “mesti tahan selama-lamanya”.
  3. Bahawa adalah sah di sisi Jumhur Ulama’ selain dari Malikiah mewakafkan harta (berkongsi) yang tidak menerima pecah bahagian- seperti satu bahagian dari beberapa buah kereta yang dibeli secara berkongsi.