WAKAF TUNAI PEMBINAAN MASJID PADANG MIDIN
Sasaran KutipanRM 2,400,000.00
Dana SendiriRM 0.00
Kutipan TerkiniRM 680.00
Peratus Kutipan0.03 %
Butiran Projek
A. Projek: Pembinaan Masjid Padang Midin
B. Lokasi: Kampung Padang Midin, Mukim Kepong
C. Jenis wakaf: Wakaf khas (Tapak Masjid)
D. Manfaat wakaf:
i. Menggantikan bangunan lama masjid yang dibina pada tahun 1938 yang telah dibina secara gotong royong di atas sebidang tanah dibeli secara pakatan
kampung
ii. Mengembalikan kegemilangan Masjid Padang Midin sebagai pusat perkembangan ilmu agama di kampung padang midin dan kawasan sekitarnya.
iii. Menyediakan kemudahan beribadah lebih baik demi keselesaan jemaah yang hadir ke masjid ini dengan penyediaan ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan oleh jemaah.
iv. Menjadi tumpuan bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuk perayaan, sukan, riadah, kebajikan, kesihatan, perkahwinan, kelas kemahiran dan aktiviti komuniti setempat boleh digunakan bersama.
v. Menggalakkan silaturahim antara umat Islam tanpa mengira latar belakang sosial dan ekonomi.
vi. Menjalinkan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk setempat dengan penganjuran pelbagai aktiviti keagamaan serta aktiviti kemasyarakatan.
vii. Menjadi pusat pengagihan bantuan kepada golongan miskin, penganjuran program kebajikan, dan pusat aduan masyarakat.
viii. Menjadi pusat perbincangan, mesyuarat, dan aktiviti kemasyarakatan seperti majlis perkahwinan, sambutan hari kebesaran Islam, dan program kemasyarakatan lain.
ix. Menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat setempat dan juga bukan Islam melalui aktiviti dakwah dan penerangan mengenai Islam.
Pembinaan masjid yang berfungsi secara menyeluruh dapat membantu memperkasakan masyarakat Islam serta mewujudkan komuniti yang berakhlak dan berilmu.


